TAK JUMPA APA YANG DICARI? ISI CARIAN DIBAWAH ATAU KLIK IKON DITEPI HUBUNGI 0192653791

Loading...

Pakej Kambing Aqiqah

AQIQAH MURAH!!! LEMBU AQIQAH (SIAP SEMBELIH LAPAH HANTAR, UNTUK TEMPAHAN LEMBU )

KAMBING BIRI BIRI DAMARA +-40kg RM790 (berat hidup) +-45kg RM790 (berat hidup) - Harga siap sembelih n Hantar

KAMBING JAMNAPARI 38-45KG & KAMBING FERAL & KAMBING BIRI-BIRI RM790 STOK HABIS!!! Harga siap sembelih n Hantar

KAMBING BOER +-35kg Hidup STOK HABIS RM790 !!!
Hubungi UMM BARAQAH 0192653791 atau SMS Saja

LAKSANAKAN AQIQAH PASTIKAN UMM BARAQAH

Salah Faham Hadis Kambing Aqiqah

>> Sunday, April 29, 2012

Assalamu'alaikum Wrmbth, ramai dikalangan masyarakat Malaysia ni keliru tentang syarat kambing aqiqah terutama sekali tentang umurnya. Disini saya kongsikan hasil pertanyaan saya tentang umur kambing untuk aqiqah dan hadis yang sahih insyaallah. Penting untuk kita periksa status hadis, siapa yang berbohonh atas nama Rasulullah SAW maka disediakan emmpat duduk neraka. Na'uzubillahi min zalik

Soalan:
Kawan saya ada cek, ada hadis yang saya sedang cari semula, menyebut umur kambing untuk aqiqah adalah 1 tahun 1 hari. Jika benar, mengapa di mAlaysia sangat tersebar luas unur 2 tahun untuk aqiqah?


hadis:
حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ يُونُسَ حَدَّثَنَا زُهَيْرٌ حَدَّثَنَا أَبُو الزُّبَيْرِ عَنْ جَابِرٍ قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا تَذْبَحُوا إِلَّا مُسِنَّةً إِلَّا أَنْ يَعْسُرَ عَلَيْكُمْ فَتَذْبَحُوا جَذَعَةً مِنْ
الضَّأْنِ

terj:
(MUSLIM - 3631) : Telah menceritakan kepada kami Ahmad bin Yunus telah menceritakan kepada kami Zuhair telah menceritakan kepada kami Abu Az Zubair dari Jabir dia berkata, "Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Janganlah kamu sembelih hewan untuk berkurban, melainkan hewan yang telah Musinnah. Jika itu sulit kamu peroleh, sebelihlah jadz'ah."

Istilah haiwan musinnah dan jaz'ah itulah yg keliru. Musinnah, usia biasa, manakala jaz'ah dari baka special, maka boleh setahun atau 6 bulan

musinah bagi kambing kampung ialah 2 tahun, manakala biri2 impot dan kambing kacukan, mungkin jatuh kpd usia jaz'ah, setahun dan bahkan 6 bulan..
 http://bicarathtl.forumms.net/t292p75-3-malam-mimpi-orang-yang-sama#5284

Read more...

Kambing Kampung Meragut

>> Monday, April 16, 2012

Assalamu'alaikum Wrmbth, Tuan tuan penternak sekalian. Saya nak minta sedikit panduan dalam melepaskan kambing ke bawah ni. Saya dah dengar macam2 teori dan mitos jadi mari senaraikan semua Do's and Don'ts dalam melepaskan kambing meragut ni. Selepas ada bank idea ni, insyaallah boleh cuba asingkan pula mana yang benar dan mana pula yang mitos. Bukan susah kalau semua orang sumbangkan idea. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit bukan?

Sebelum tu, ini sedikti gambar kambing kampung kacang saya yang keluar meragut rumput. Saya lepaskan seawal 8 pagi sebab tuan lamanya dah buat macam tu. Usaha doa dan tawakal juga pada kesihatan kambing. Apa yang pasti, saya mahukan kambing cukup senaman dan cahaya matahari. Manusia tak bersenam dan disuap dengan makanan segera pun pasti tak sihat dalam jangka masa panjang kan.

kambing aqiqah
Lihat tuan2, banyak2 daun dia sebat daun ubi dulu, habis gondol pokok ubi ni. Memang ketagih Condensed Tannin betul

kambing aqiqah
Semua geng kampung ada dalam gambar. Kambing aku yang lain nampaknya masih tak boleh menerima kehadiran kambing baru ni, kambing lama pergi ragut kawasan lain

Jadi aku mula dulu setakat yang aku tau,
1. Jangan lepaskan kambing makan waktu pagi sewaktu rumput basah lagi kerana kambing akan kembung dan rumput akan tercemar dengan cacing.

Maklumat diatas ini melalui pembacaan dan pengalaman yang sedikit hanya benar bagi kambing import seperti boer dan jamnapari. Kambing tempatan seperti kambing kampung dan kacukan dengan darah tempatan nampaknya mempunyai daya tahan.

2. Getah daripada pokok ubi akan menyebabkan kambing kembung, perlu dilayukan sedikit supaya kamgetah kering

Setakat ni, kalau kambing cukup senaman, masalah kembung dapat deselesaikan. Paling tidak pun bagi minum ENO atau soda bikarbonat

3. Jangan lepaskan kambing pada satu kawasan yang sama saja

Setakat ni, kambing aku memang tak suka makan tempat yang sama. Kambing makan pucuk saja jadi apabila pucuk di kawan tersebut habis maka mereka akan meragut rumput di tempat lain. Kalau kawasan ragut kecil memang mencabar ni. Tak pa, aku ada rancangan lain, baja kambing yang telah siap akan aku taburkan ke kawasan ladang. Insyaallah cepat tumbuh sebab subur rumput2 tu.


Jadi tuan2, ada apa2 lagi yang baik dan tak baik kita lakukan. Insyaallah matlamat low input husbandry tu memang menjadi keutamaan

Read more...

Kandang Kambing Wak Tembul

>> Tuesday, April 10, 2012

Assalamu'alaikum Wmbth, Lepas ziarah kandang wak mail dan alwi, kali ni kita pusing semula ke kampung rantau pangjang Klang. Kandang siapa saya nak lawat ya. Nama di beri Wak Tembul, orang kata sebab campak dalam air timbul. Ada2 saja orang jawa ni, ada nama Suparman, Suparjo, Kochet dan lain-lain. Namun, ini untuk generasi lama je, orang jawa kontemporari macam kami nampaknya ada citarasa sendiri. Wak Tembol ni orang diamanahkan penduduk kampung rantau panjang untuk mengorek kubur.

kambing aqiqah
Kandang Wak Tembul, musim hujan memang timbul atas air

kambing aqiqah
Wak Tembul kata, dia buat kandang kecil je mula2 ni dan ada rezeki besarkan sikit2.

kambing aqiqah
Biri Biri Barbados generasi ke berapa ntah di Malaysia ni

kambing aqiqah
Si Kacak Hensem lagi bergaya, Pejantan wak belah kanan tu, kuat nyondol orang ni. 1 masa nanti siap ko kena sembelih

kambing aqiqah
Boleh la jadi duit tambahan wak, selain buka car wash bela kambing
Tak sangka pula wak ni bela kambing. Semua kambing yang dibela adalah jenis biri biri Barbados.Semalam makcik saya beritahu ada orang kampung tengah lelong kambing, RM250~400 seekor murah sangat tu. Langkah saya ke kandang wak hari ini bukan untuk menempah lubang kubur tapi saja usha-usha mana la tau ada rezeki. Rupa2nya langkah kiri, takpelah Wak, saya pun bukan nak beli biri biri, kambing kampung hibrid okla. Sempat juga jengah2 pejantan barbados wak tembol ni.

Saiz adalah dalam 60-70kg dan bukan untuk dijual. Wak ni buka car wash, sambil tu bela kambing dan ayam belanda beserta itik. Penternak tradisional macam wak ni dah makin kurang. Mana taknya ramai tutup kandang sebab dah tua dan tiada yang berminat ataupun tak mampu bersaing dengan kambing import. Wak pun jenis intensif, kambing semua makan suap, lepas bawah belah petang untuk senaman dan pencuci mulut sikit. Selamat maju jaya wak. Kandang memang klasik tapi kambing biri biri menghuninya memang cantik.

Read more...

Apa Yang Penternak Kambing Baru Patut

>> Sunday, April 8, 2012

Assalamu'alaikum Wrmbth, Selepas berbincang dengan Alwigoatfarm dan rakan2 lain saya sudah sedikit sebanyak menganalisa kesilapan lampau yang terbukti membawa banyak cabaran. Buat penternak kambing baru, saya harap dan doakan tidak mengulangi kesilapan orang yang terdahulu dari kamu. Orang bijak belajar daripada kesilapan orang lain.

Penternak kambing baru memang selalunya sangat bersemangat dan berani menanggung risiko dan bila berani sangat mudahlah anda ditipu dan diambil kesilapan. Terpulang kepada anda untuk menerima kenyataan dibawah, apa yang baik silakan ambil tetapi apa yang buruk harap di diambil iktibar unttuk menjadi penternak kambing berjaya.

  1. Jangan beli kambing ternakan bagi tujuan breeding dari TRADER. Mereka ni tak punya kepakaran tentang kambing dan nasihat/ tunjuk ajar daripada mereka memang out. Tak boleh pakai. Berapa ramai penternak kambing baru yang gagal kerana kambing dibeli daripada trader gagal menjalankan tanggungjawab dengan baik. Tanggung jawab macam mana tu? Mengawan pun gagal jadi bagaimana halatuju program pembiakan jika matlamat 1 breeding anda gagal disaat membeli kambing. Trader ni membeli kambing dalam kuantiti banyak dan akan cuba menghabiskan stok secepat mungkin kerana lebih lama kambing import diatas kandang, risiko kematian lebih tinggi. Tak percaya? 
  2. Jangan pinjam duit untuk mulakan penternakan kambing. Ramai penternak kambing baru jatuh tergolek dengan hutang yang banyak. Alhamdulillah dulu mulakan dengan modal kecil dan tanpa pinjaman kewangan. Masa 3 tahun pertama adalah ujian berat untuk penternak kambing baru bahkan untuk sebarang perniagaan. Apa yang anda lakukan pada 3 tahun terawal ini bakal menentukan samada bisnes ada mampu bangun atau gagal. Dalam 2 tahun pertama saja ramai sudah berputus asa kerana tidak dapat membayar pinjaman dan duit pusingan modal juga telah habis. Teringat kisah 16 graduan muda meminjam dari bank RM50,000 seorang untuk projek penternakan kambing. Akhirnya jatuh terjelepuk kerana dianiaya oleh guru mereka darpada kaum dan agama lain. Na'uzubillahi min zalik
  3. Jangan percaya bulat-bulat dengan rancangan televisyen di kaca TV dan program pembangunan penternakan anjuran swasta dan juga kerajaan. Banyak perkara disembunyikan dan dah di "make up" tebal2 sebelum masuk televisyen ni. Pihak terbabit pun pada satu tahap akan menafikan tanggungjawab mereka dan tinggallah anda terkontang kanting. Semangat kena kuat jika mahu bekerja sendiri. Usaha tanggan kejayaan, mulut manis tidak akan membawa anda kemana kecuali anda berharap memenangi tender dan geran dari pihak tertentu. 
  4. Jangan ambil sembarangan orang sebagai rakan kongsi, rakan baik anda mungkin menjadi punca utama kegagalan bisnes kerana tidak mematuhi perjanjian perkongsian. Dalam perkongsian, serba serbi perlu dikorbankan dan perlu ada toleransi yang tinggi serta timbangrasa terhadap rakan lain. Paling teruk boleh berlaku, ada yang berlagak memberikan arahan dan mahu menjadi bos tetapi memberikan segala kerja kotor kepada rakan kongsi yang lain. Hati tuan puan, ini adat perkongsian dan memang wujud insan seperti ini. Kerja sebagai penternak memang kasar dan kotor jadi buang jauh2 orang macam ni daripada awal.
  5. Jangan mudah percaya kepada penternak kambing lama kerana ada diantara mereka mengambil kesempatan pada penternak baru. Nasihat mereka berlandaskan niat meraih duit anda melalui pembelian kambing dan ubat-ubatan pada harga jauh lebih mahal dan tidak berkualiti. Bagaimana untuk mengenalpasti penternak jenis murahan dan perosak nama baik profesion penternakan ini? Hmm.. Ambil perhatian pada penggunaan ayat mereka, istilah "saya orang jujur, amanah dan sebagainya" menunjukkan orang tersebut memang sebaliknya. Orang ikhlas tidak akan mewar-warkan keikhlasannya dan sentiasa menyembunyikan sumbangan. Orang gila pula tidak akan mengaku mereka gila. Mudah bukan?
  6. Jangan mulakan penternakan kambing secara terburu buru. Pergi lawati sebanyak kandang kambing yang boleh dan jalinkan persahabatan dengan mereka tetapi jangan taksub dengan idea diawakan oleh orang lama. Semua perkara ada baik dan buruk, lebih banyak rakan lebih banyak pertukaran maklumat. Anda masih akan melakukan kesilapan dalam penternakan kera ini memang lumrah tetapi bilangan kesalahan akan diminimakan.
  7. Jangan beli kambing yang buruk jati diri dan sifat kekambingngannya. Ini memang penting sangat. Tidak berguna anda membeli kambing yang telah dimanjakan oleh penternak sebelumnya seperti tidak pandai menyusukan anak malah tugas menyusu diambil alih oleh anda mengunakan susu botol. Kambing yang mempunyai semangat kesukuan tinggi akan bergaduh diatas kandang sehingga cedera dan bersaing secara ekstrim dalam meraih makanan di palung. Bayangkan makanan mencukupi untuk semua kambing di palung tetapi 3 kambing menanduk kambing lain supaya tidak mendekati palong. Kes manipulasi terlampau. Ini berlaku dikandang saya dahulu dan akhirnya saya sembelih kambing2 tersebut untuk aqiqah. Puas hati. Masalah ini dapat diselesaikan jika anda membeli kambing yang sudah serasi dikandang asal mereka. Makan bersama tanpa bergaduh dan ciri ini akan diwarisi oleh anak kambing anda. Tak percaya takpa.
Jadi apa yang anda patut lakukan sebenarnya? Penternak kambing baru saya sarankan membeli kambing pada penternak yang berdaftar dengan mana2 pertubuhan/persatuan yang boleh dipercayai. Macam mana nak tahu tu? Anda wajib selidik sendiri. Ini berkaitan duit dan masa depan anda bukan?

Read more...

Lawatan Kambing Aqiqah UMM BARAQAH ke ALWIGOATFARM

>> Thursday, April 5, 2012

Assalamu'alaikum Wrmbth, Penat tapi berbaloi. Lawatan kami berdua daripada Pakar Kambing Golek dan Panggang Harga Murah ke Bidor Perak semalam membuka mata dan menghidupkan semula semangat lama untuk berjaya dalam industri penternakan tanah air. Apa tidaknya, sepanjang kami berkecimpung dalam industri ternakan kambing, macam macam jenis penternak kami jumpa. Jenis jerung harimau dan buaya memang banyak berkeliaran mencari mangsa. Ada juga 2-3 kali kena gigit tapi alhamdulillah kami lawan balik dan luka pun dah sembuh meninggalkan parut yang memberi peringatan pada masa kelak.

Pagi-pagi lagi 2 penternak boroi ni bertolak ke Bidor, semangat sangat ni. Pukul 9 pagi dah bertolak dari kandang. Sebelum bertolak sempat ambil sampel rumput untuk ditanyakan samada betul atau tidak rumput signal. Memang nak kurangkan risiko kematian kambing ketahap minima insyaallah. Perjalanan 2 jam daripada kandang ke Bidor dan dalam perjalanan sempat ditemubual oleh Polis trafik kerana tindak tanduk kami mungkin meragukan. Kami pergi naik myvi, seat belakang dah dirobohkan sebab bergantung pada  tinjauan mungkin kami akan ambil kambing sekali. Alhamdulillah polis terima juga penjelasan kami, seram jugak kalau kena saman, bawa kereta 90km/jam takkan kena kot.

Menjelang jam 11 pagi kami tiba di plaza tol Bidor dan saudara Alwi ada beri panduan untuk ke sana. Kanan lepas tu kanan lagi baru masuk kiri. Kandang memang di kawasan kelapa sawit dan masa sampai semua kambing betina sihat dilepaskan meragut bebas bersama gembala. Tinggal kambing jantan dan betina yang cerai susu.

Anak kambing baru cerai susu di kandang pertama. Bulu kemas dan berkilat

Jantan Baka usia 7, 8 dan 9 bulan. Rasanya berat ada 35-40kg ni. Bulu berkilat

Masuk kandang kedua, anak kambing belum cerai susu sedang menyantap hidangan daun liar

Ada 3 jam juga kami disana. Memang tenang2 suasana disini
Dari cerita Alwi ni, perjalanan hidup sebagai penternak selama 8 tahun memang mencabar dan nampaknya banyak persamaan dengan kami tapi masyaallah semangat dia ni memang patut jadi contoh sebab anak bandar sanggup masuk kampung bela kambing dalam ladang jauh dari jalan utama dan tiada air paip dan elektrik. Hmm.. Tambahan lagi dia usahakan seorang diri, jika dibandingkan dengan kami dulu kuantiti banyak pun banyak tersandung inikan pula seorang. Teruskan usaha tuan.

Banyak juga kami bincang semalam. Sampai rumah dah pukul 5, dan nampaknya insyaallah langkah berikut patut kami ambil jika mahu berjaya sebagai penternak.

  1. Berhenti memanjakan kambing kami dan memberikan mereka lebih ruang sebagai kambing. Kami tidak mahu kambing sebagai binatang peliharaan.
  2. Semua langkah memastikan kandang bebas dari virus bawaan kambing trading dihapuskan daripada kandang. Kami akan ubahsuai sedikit susur atur kandang.
  3. Bilangan kambing betina dan induk perlu ditambahkan bagi memastikan kadar kelahiran anak kambing tinggi. 
  4. Tiada lagi botol susu untuk anak kambing.
  5. Kambing tidak lagi diberi makan secara intensif.
Ini langkah awal yang insyaallah kami akan lakukan. Wallahu'alam

Read more...

Harga Kambing Aqiqah April 2012

>> Sunday, April 1, 2012

Assalamu'alaikum Wrmbth, Pakar Kambing Golek dan Panggang Harga Murah membekalkan khidmat kambing aqiqah khusus bagi ibubapa yang mahu melaksanakan tuntutan syariah ini. Tahniah kepada anda kerana berazam melaksanakannya dan insyaallah kambing aqiqah yang disembelih dengan niat khusus mendapat keberkatan ilahi akan diterima hendaknya. Bagi bulan april 2012, harga kambing aqiqah dan butiran berkenaan servis kami adalah seperti berikut:  

Harga Kambing Aqiqah: RM780

Berat Kambing : +-40kg

Jenis Kambing Aqiqah : Biri biri dan Kambing Kacuk

Tempoh Tempahan: Sementara stok masih ada, kami memohon pihak tuan supaya memaklumkan hasrat kunjungan anda ke kandang kami supaya kambing aqiqah yang tersedia dapat kami tempahkan untuk anda. Adalah menjadi kesulitan jika perjalanan anda yang jauh ke lokasi kami disudahi dengan ketiadaan kami di lokasi atas urusan syarikat.
Kami komited untuk memenuhi keperluan anda dan memberikan servis penyembelihan kambing aqiqah terbaik. Semoga urusan kita semua dipermudahkan insyaallah.

Read more...

About This Blog

Lorem Ipsum

Disclaimer (Penafian)


Sebarang pihak yang minat menerbitkan semula artikel didalam http://kambinghalal.blogspot.com hendaklah mendapat kebenaran bertulis (Emel atau telefon) dari Pemilik blog ini atau ahli lembaga pengarahnya sebelum meletakkannya di laman mereka.

Artikel yang ditulis di blog ini adalah berdasarkan keadaan semasa ia ditulis. Keadaan yang sama mungkin tidak berlaku selepas artikel diterbitkan.

Sebarang komen dari pembaca hendaklah disertai nama sebenar dan emel mereka. Pembaca yang tidak mematuhi perkara ini tidak akan diterbitkan. Sebarang Artikel yang diambil tanpa kebenaran dan tidak menyalin kembali pernyataan ini tidak mendapat izin dari kami tidak berhak membawa isu kemuka pengadilan dan tidak akan bertanggunjawab atas sebarang implikasi.

Wallahua'lam















  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP